Monday, December 7, 2009

It just a dream.


Malam tadi mimpi, agak ngerilah sampai tak mahu buka mata walaupun dah terjaga. Sebab takut ternampak 'that thing' as soon as I woke up. Phew...it seems so real. Bila terbangun je terasa sangat letih and the scene of the dream keep repeating in my head. For sure I won't sleep after 12 tonight. Ye seperti yang dijangka saya bermimpi tentang hantu.


Mari kita bermula. Mimpi ini berlaku di sekolah berasrama penuh.(haha perasan muda padahal zaman sekolah dah lama berlalu. ok macam cerita HISTERIA pun ada.) Budak-budak lelaki dekat sana memang suka mengacau budak-budak perempuan, termasuk saya. Biasalah tengah remaja katakan. Lepas tu entah macam mana saya boleh terjatuh hati dengan one of the boys. Teehee...:D. Nama budak tu Danny. (phew siap ingat nama lagi) Oh tak si Danny yang jatuh hati pada saya. Ada seorang budak kecil yang jadi posmen bagitau yang Danny suka saya. Tapi al-kisahnya lepastu kami bercinta. Danny sangat popular, sangat pandai, memang kesayangan semua oranglah. Dia cakap dia suka dengar suara saya sebab suaraku membuatkan dia terasa lemah. (???)

Tapi tak lama lepas tu Danny meninggal dunia. Sedih sangat sebab ada orang kata dia kene bunuh. Kemudian yang menyeramkan roh dia tak tenang dan dia mencari saya. Dia kejar sampai saya tak tahu nak sembunyi dekat mana. Ada satu masa dia dapat tangkap saya dan nak cekik saya. Saya menjerit lepastu dia terkaku. Oh rupanya suara saya yang buat dia lemah. (???) Ada seorang kawan selamatkan saya kemudian tolong hapuskan roh dia (ala-ala zombie.) kemudian kitaorang dapat tahu rupa-rupanya ada orang dendam dengan Danny dan lepastu gunakan dia untuk bunuh saya. (seriously...WHAT THE EFF???) Sangat sedih tau tak. I was broken hearted. Dahlah hilang orang kesayangan lepastu dapat tahu ada orang sengaja gunakan dia untuk balas dendam.

Oh dan kemudian masa dalam pelarian untuk menyelamatkan diri tu pergi sembunyi dekat rumah kawan lepastu tiba-tiba hantu muncul dekat depan tingkap. Depan mata pulak tu! Huhu sangat terkejut sampai terjaga. Tapi tak berani buka mata. Dahlah tak dapat tidur lepastu. Baca ayat kursi beberapa kali baru dapat tidur balik. Kemudian sambung bermimpi di mana lepas beberapa tahun saya trauma dengan kejadian tu sampai tak mahu orang lain buka balik cerita pasal Danny. And lastly I meet a new love.

HIM :)


Ok faham tak kronologi cerita ni?

Nak kata tidur tak basuh kaki takde lah pulak. Maybe tertengok trailer filem Santau dekat melodi siang tu yang terbawa-bawa sampai ke mimpi. From now on say NOOOOO to horror movie.

p/s : Selalu kalau tengok cerita seram macam tak tengok pun sebab mostly tutup mata sampai ending. :(

Mau tidur dulu babai. Have a nice dream.

2 ORANG MENGATA:

dianna said...

wahhh gile scary. but hebat lah u dpt ingat mimpu u. kalau i, i tak dpt ingat mimpi tau. kejap je dah lupa.

Nana said...

@dianna: sebab ia menakutkan sampai teringat-ingat walaupun dah terbangun. :( tak pernah lagilah dapat mimpi seteruk tu. :(

Post a Comment

Sile-sile berkomen disini. Ia adalh percuma dan tiada caj tersembunyi dikenakan. Kutukan anda amat-amatlah saya hargai........*LOL*

Things In My Head

I'm a fangirl. Heehooo...blog ni mungkin penuh dengan si pujaan hati!

Oh result mahu keluar. :(

Kolej sudah memanggil-manggil. :(

--If you run away, I'll come running after you. no matter where you go, be it hell, or the furthest corner on earth, I'll catch up with you.--





The Blog Mistress

My photo
Just bear with me people! -_-

pengikutku

Jerit Ramai-ramai!!

Teddy bear mau nyanyi

Mereka yang mengata